KUALA LUMPUR: Sudah menjadi kebiasaan, dalam amalan budaya Melayu khususnya, jika seorang itu menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji di Tanah Suci, mereka akan mengadakan acara makan-makan yang mengundang kerabat, teman, serta tetangga.
Tujuannya, untuk menghebahkan bahawa mereka terpilih menunaikan rukun Islam kelima selain mahu didoakan agar mendapat kesempurnaan ibadah dalam usaha memperoleh haji yang mabrur nanti.
Namun, tanpa disangka, bekas Pengurus Kanan Kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH), Dr Muhamad Kairul Aneeza Zakaria berkongsi bahawa melakukan pengurusan kenduri semasa sebelum berangkat ke Tanah Suci menjadi antara faktor penyumbang keletihan dan kelesuan kalangan jemaah haji Malaysia.
"Kita dalam budaya Melayu khususnya, gemar membuat persediaan, kenduri, makan-makan dan sebagainya sebelum berangkat. Melayan tetamu, membuat persediaan kenduri lazimnya menuntut tenaga dan boleh meletihkan fizikal.
Itu satu hal, seperkara lagi, jemaah sepatutnya menyimpan tenaga untuk digunakan nanti kerana walaupun kesihatan bakal haji adalah baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila mereka berada di sana," kata beliau semasa ditemui Astro AWANI di majlis Sembang Santai Isu Haji di Surau At-Taqwa Damai Murni, Cheras, di sini, baru-baru ini.
Dr Muhamad Kairul Aneeza yang juga pakar kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun berkata, bukan kenduri sahaja mengundang kelesuan dan keletihan kalangan jemaah haji Malaysia.
"Ada juga faktor lain seperti cabaran menguruskan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan mereka ke sana seperti perjalanan dari negeri lain ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), menguruskan beg, pendaftaran di KLIA dan "jet lag" selain perubahan masa antara Malaysia dan Arab Saudi.
"Cabaran-cabaran ini semua, yang sebenarnya bermula di Malaysia lagi akan memberi kesan kepada kesihatan mental jemaah semasa berada lama di Mekah dan Madinah nanti.
"Jadi, dalam hal ini, saya nasihatkan adalah penting untuk jemaah elak daripada alami keletihan, tetapi cukup dengan pelbagai persediaan dan ada daya ketahanan yang tinggi terhadap cabaran yang harus ditempuhi nanti," tegas beliau lagi.
Ditanya mengenai cara atasi keletihan dan kelesuan semasa di Tanah Suci kelak, Dr Muhamad Kairul Aneeza menyarankan jemaah yang dipanggil menjadi tetamu Allah menitikberatkan aspek fizikal dan mental semasa berada di tanah air lagi
"Ini penting bagi menjamin kesempurnaan ibadah dalam usaha memperoleh haji yang mabrur. Adalah perlu semasa di Malaysia lagi, jemaah dinasihat memantapkan kesihatan fizikal supaya tidak menjejaskan tahap kesihatan mental semasa berada lama di Mekah nanti," nasihat beliau.
Dalam masa sama, Dr Muhamad Kairul Aneeza turut mengingatkan perbezaan iklim boleh mempengaruhi keadaan fizikal dan mental bakal haji, sekali gus menjejaskan kesihatan terutamanya bagi yang berusia lebih 60 tahun.
Musim haji 1444 Hijrah/2023 membawa cabaran besar bagi lebih 31,000 jemaah dari Malaysia memandangkan cuaca panas di Arab Saudi dijangka boleh mencecah 50 darjah Celsius.
Dalam pada itu, menurut Dr Muhamad Kairul Aneeza, yang empat tahun bersama TH sebagai Pengurus Kanan Kesihatan, masalah kesihatan lazimnya dialami jemaah warga emas yang menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis serta jantung selain jangkitan paru-paru akibat demam, batuk dan selsema serta cirit birit.
Katanya, terdapat juga jemaah yang mengalami masalah kesihatan berkaitan otot kerana perlu banyak berjalan serta dalam jarak yang jarang dilakukan semasa mereka di tanah air.
Antara insiden yang pernah dihadapinya semasa bertugas di tanah suci adalah jemaah diserang angin ahmar serta sakit kepala teruk akibat tidak mengambil ubat bagi penyakit darah tinggi.
Jemaah yang tidak mengambil ubat bagi penyakit kencing manis pula, jelasnya, mengalami kegagalan fungsi buah pinggang yang seterusnya memerlukan mereka menjalani dialisis.
"Begitu juga, saya pernah berdepan dengan tindakan cubaan bunuh diri dalam kalangan jemaah di mana hasil pemeriksaan dapati, ia berpunca daripada keletihan sekali gus mengganggu kesihatan mental mereka. Ia perlu dijaga. Ini pentingnya memastikan kesihatan jemaah berada dalam keadaan optimum," tegas beliau.
Untuk musim ini, seramai 31,600 jemaah haji yang merupakan kuota penuh rasmi negara akan berlepas ke tanah suci bagi menunaikan haji dengan penerbangan pertama jemaah bermula pada 21 Mei manakala penerbangan pulang terakhir ialah pada 1 Ogos depan.
Berikut nasihat Dr Muhamad Kairul Aneeza untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan yang boleh mengganggu ibadah semasa musim haji:
* Sebelum ke tanah suci, dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pegawai perubatan bertauliah serta pastikan penyakit yang dihidapi adalah dalam keadaan stabil.
* Jaga pemakanan, lebihkan makanan yang mengandungi protein untuk persediaan tenaga yang bakal digunakan nanti
* Bawa semua ubat-ubatan bagi penyakit yang dihidapi.
* Lakukan senaman mengikut tahap kesihatan masing-masing dengan lebih awal dan kerap untuk membiasakan diri dengan keadaan banyak berjalan kaki di Tanah Suci.
* Semasa di Tanah Suci, jangan terlalu dedahkan diri kepada cuaca panas, pilih berteduh di bawah khemah dan ikut jadual ditetapkan oleh TH.
* Banyakkan minum air, menyimpan tenaga dan menjaga kesihatan terutamanya bagi menghadapi hari wukuf.
*Jangan kunjungi ladang unta.
Azlinariah Abdullah
Thu Jun 01 2023
Penganjuran kenduri semasa sebelum berangkat ke Tanah Suci menjadi antara faktor penyumbang keletihan dan kelesuan jemaah haji Malaysia, kata bekas Pengurus Kanan Kesihatan Lembaga Tabung Haji, Dr Muhamad Kairul Aneeza Zakaria. - Gambar hiasan
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Letih lesu di Tanah Suci, pakar kesihatan senaraikan kenduri sebelum berangkat antara punca
Walaupun kesihatan bakal haji baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila berada di sana.